Bina Produk Jenama Sendiri di Kilang OEM

Cara Produk Shaklee Buat Jualan Berjuta

Tak dinafikan berbagai cara dan usaha dilakukan oleh produk Shaklee dari dalam negara sehingga luar negara untuk naikkan jualan dari saban tahun. Tak dinafikan juga mereka melaburkan beratus-ratus ribu ringgit sehingga jutaan ringgit untuk lakukan pemasaran di serata dunia. Namun sebelum datangnya strategi dan teknik mereka, ada beberapa perkara asas dalam perniagaan yang membuatkan produk Shaklee menjadi unik dan menarik.

Strategi Dan Teknik Produk Shaklee

Branding

Brand Story yang dihasilkan oleh Dr Forest juga banyak menarik perhatian umum iaitu sejak Dr Forest kecil beliau menghidap tuberculosis , yang mana doktor diagnose beliau tidak dapat hidup sehingga umur 8 tahun. Dua elemen utama yang dipamerkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee dalam mengenalkan jenama Shaklee pada umum ialah melalui Moto dan Brand Story. MOTO Shaklee yang ditonjolkan seperti ” Hidup Secara  Alami ( Living Harmony with Nature ) ” memberikan mesej jelas kepada pelanggan. Sekaligus juga memberitahu produk Shaklee mesra alam, tidak mengandungi bahan kimia.

Bagi mereka yang mahukan kehidupan yang lebih sihat, produk Shaklee adalah pilihan utama. Bila sebut Hidup Secara Alami, Natural Living, ramai akan ingat Shaklee.

Matlamat

ketika Dr Forest melakukan perniagaan Shaklee, keuntungan bukanlah prioriti utama. Dr Forest lebih fokus kepada matlamat utama beliau iaitu membantu pelanggan ( masyarakat ) dengan memperkenalkan pentingnya nutrisi, vitamin, pemakanan baik kepada mereka.

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopathsinternist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Direct Selling

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain

sebelum melakukan jualan secara langsung kepada masyarakat umum, Dr Shaklee memberikan kesedaran demi kesedaran tanpa henti kepada masyarakat akan kepentingan nutrisi, pemakanan baik, vitamin, supplement.

Penutup

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau. Sekarang Rahsia Produk Shaklee menghasilkan sales berjuta terungkai. Nampak mudah kan? Jika artikel ini bermanfaat , jangan lupa kongsi untuk manfaat bersama Usahawan lain.

Exit mobile version