Perkhidmatan Kilang OEM untuk Seluruh Malaysia

Pernah Tak Anda Terfikir Nak Jadi Founder?

Usahawan adalah kerjaya yang mula popular pada tahun ini. Tidak kira samada umur muda ataupun tua masing-masing sentiasa bersaing untuk memulakan perniagaan. Industri OEM atau lebih dikenali sebagai jenama sendiri adalah perniagaan yang mudah untuk dijalankan. Ramai jutawan di Malaysia ini merupakan pengasas produk jenama sendiri.

Nak Buat Produk Tapi Susah Cari Pengilang Terbaik ?

Penyelesaian masalah ada ini boleh diatasi dengan memilih UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD sebagai pengilang produk anda. Kenapa perlu pilih kami :

contoh gambar berfikir
  • Kami berpengalaman lebih 15 tahun sebagai pengilang jenama sendiri
  • Kami sebagai syarikat GMP mempunyai pengiktirafan dari kerajaan Malaysia untuk mendaftarkan produk anda.
  • Kami menawarkan pelbagai produk berasaskan produk kosmetik, ubatan tradisional (external & internal) serta minuman kesihatan
  • Kami menawarkan perkhidmatan full service iaitu bermula dari pembuatan sample serta pendaftaran dan penghantaran produk kami bantu

Tapi UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD Ini Di Johor Macam Mana Nak Bantu Kami Yang Jauh Ini?

Sejak beroperasi pada tahun 2003 hingga lah sekarang kami telah melahirkan lebih dari 100 usahawan yang majoriti bukan hanya di johor semata tapi di seluruh Malaysia serta asia tenggara seperti singapura, Thailand, brunei dan sebagainya. Hal ini boleh berlaku berlaku kerana kami mengamalkan prinsip 4 langkah mudah untuk jadi founder yang sangat fleksibel iaitu:

hasilkan produk jenama sendiri - kilang jenama sendiri
  1. Perbincangan – Dalam proses ini cara yang sentiasa digunakan ialah konsultasi secara maya dengan menggunakan konsep call ataupun video call. Perbincangan ini sangat penting untuk kedua-dua pihak dalam memenuhi permintaan serta menenangkan secara lengkap kos, moq dan lain-lain keperluan untuk membina produk.

  2. Sample – Proses seterusnya ialah persampelan dimana kami akan membantu anda membuat penyelidikan serta menyediakan sample produk untuk di cuba oleh anda. Bagi mendapat piawaian yang terbaik proses ini biasanya dilakukan berulang kali sehingga mencapai tahap keberkesanan produk dan standard yang anda inginkan.

  3. Pengeluaran – Setelah anda berpuas hati dengan sample yang diberikan langkah seterusnya ialah kami akan mula memproses dan membuat pengeluaran berdasarkan moq yang dipersetujui. Jika anda memilih UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD diproses ini kami akan membantu menyediakan dokumentasi untuk pensijilan kepada badan – badan berwajib bagi memudahkan anda membuat jualan.

  4. Penghantaraan – Setelah produk siap sepenuhnya, pembungkus dan penghantar akan dilakukan dengan berhati-hati kepada anda. Dengan cara ini kita dapat memastikan bahawa setiap perincian proses telah dijelaskan dan diselesaikan seperti yang dijanjikan. UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD menyediakan perkhidmatan penghantaraan di seluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak serta Asia tenggara dengan kos yang berpatutan. Senang bukan untuk jadi founder, sekarang anda hanya perlu mencari kilang yang fleksibel untuk merealisikan impian anda ini.

Produk OEM Yang Di Tawarkan

MINUMAN KESIHATAN

UBATAN TRADISIONAL (TCM)

KOSMETIK DAN PENJAGAAN KULIT

Kesimpulanya

Peganglah kata-kata ini “Dimana sahaja anda berada kami sedia bantu anda jadi founder” jadi tidak perlu risau dan gusar walaupun anda jauh beribu batu kami akan sentiasa ada untuk merealisasikan impian anda ini. Jangan fikir lama-lama jom klik button WhatsApp untuk kita set temujanji samada secara bersua muka ataupun di alam maya dan kini anda sudah selangkah untuk menjadi founder.