Betul ke orang kata kita boleh kaya raya kalau jadi usahawan jenama sendiri ini? Banyak sebab kenapa kita perlu ada jenama sendiri bermula pada tahun ini. Selain itu, masa kini kita boleh lihat jutawan-jutawan di Malaysia ini adalah pengasas kepada produk jenama mereka sendiri. Sudah masanya kini anda pula mengikut jejak mereka. Produk yang sentiasa menjadi pilihan untuk permulaan adalah produk kosmetik serta minuman kesihatan kerana ia merupakan produk yang sentiasa di cari di pasaran. Artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa kelebihan jika anda memiliki jenama sendiri dengan kilang yang betul. Ingat kerjayaan sesuatu produk itu bergantung pada pengeluaran produk yang berkesan dan berkualiti.
Rahsia Produk Yang Berkesan Untuk Jadi Founder
Produk yang sentiasa dikatakan berkesan untuk mula berniaga semestinya produk kecantikan. Kenapa produk kecantikan? Kita jangan lupa wanita ada kuasa beli yang tinggi bagi produk kecantikan.
Tapi sebenarnya ramai orang terlepas pandang bahawa produk bayi juga mempunyai demand yang amat tinggi dalam pasaran. Hal ini kerana setiap tahun aka nada kelahiran baru. Bagi meraikan kelahiran bayi, pelbagai persiapan akan dilakukan. Ini telah membawa kepada sambutan yang menggalakkan terhadap produk bayi, seperti produk bayi seperti minyak telon, minyak rambut dan set mandian bayi.
Hasilkan Produk Menerusi Pengilang Jenama Sendiri
Cara buat produk sendiri ialah istilah yang digunakan untuk pengeluar produk tidak berjenama yang menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak, dan ia juga terpakai kepada pengendali lain yang tidak mempunyai kilang tetapi mempunyai jenama mereka sendiri.
Inilah konsep yang berkesan untuk jadi founder kerana anda perlukan pengilang jenama sendiri ini untuk anda mengeluarkan produk jenama sendiri. Namun memilih pengilang bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Anda perlu pastikan bahawa kilang tersebut mempunyai kelulusan dan menepati syarat-syarat pengilang. Faktor ini akan membantu anda mengeluarkan dan memasarkan produk anda. Contohnya, UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD pengilang yang berstatus GMP telah berada dalam industri ini lebih daripada 15 tahun, serta mempunyai pengiktirafan dari KKM, Halal dan sebagainya.
Modal dan Platform promosi untuk Produk Jenama sendiri.
Konsep yang digunakan dalam jenama sendiri ini ialah mengeluarkan produk dalam kuantiti yang besar. Oleh itu setiap kilang menawarkan pelbagai pakej mereka, ia menyebabkan MOQ sesuatu produk berbeza antara satu kilang dengan kilang yang lain. Contohnya UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD menawarkan 500pcs hingga 1000 pcs untuk membina produk kosmetik, Kami juga boleh mengeluarkan 100k ke 200k unit sebulan untuk sesuatu produk.
Kesimpulanya
Cara buat produk sendiri ini mempunyai proses dan masa untuk memastikan produk yang dikeluarkan itu mengikut standard anda dan pasaran. Pilih pengilang yang betul akan menyebabkan proses ini akan lebih mudah dan sistematik. Kami sentiasa membuka peluang yang luas untuk membantu anda menjadi founder yang berjaya.