Ramai yang berminat nak jadi founder produk sendiri, tapi masih ada banyak persoalan yang bermain di fikiran. Tak pasti macam mana prosesnya? Rasa takut tak cukup modal? Dalam artikel ini, kami senaraikan 7 soalan paling popular yang sering ditanya tentang servis bina produk jenama sendiri – lengkap dengan jawapan mudah difahami.
Apa Maksud Servis Bina Produk Jenama Sendiri?
Servis bina produk jenama sendiri merujuk kepada perkhidmatan dari kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) yang membantu anda menghasilkan produk di bawah nama dan label anda sendiri. Anda tak perlu ada kilang sendiri – kilang akan uruskan segalanya dari formulasi, penghasilan hingga pembungkusan.

Apa Jenis Produk Yang Boleh Dibina?
Antara produk popular yang boleh anda bina termasuk:
- Skincare: serum, sabun, toner, krim dan banyak lagi
- Minuman kesihatan: kopi detox, jus kurus, minuman tenaga dan banyak lagi
- Supplemen: tablet kunyah, kapsul, serbuk campuran dan banyak lagi
- Produk wanita: pencuci wanita, dan banyak lagi
- Produk bayi: balm, minyak telon, krim ruam dan banyak lagi
- Produk lelaki: gel gambir, produk tenaga lelaki dan banyak lagi
Berapa Modal Permulaan Yang Diperlukan?
Modal permulaan sangat bergantung pada jenis produk dan kuantiti yang anda mahukan. Di UMZ Bioline Manufacturer, kami tawarkan pakej permulaan serendah RM5,000, bergantung pada produk dan pilihan anda.
Perlu Ada Kelulusan KKM Ke?
Ya, untuk produk kosmetik dan kesihatan, kelulusan KKM adalah sangat penting. Tapi jangan risau – kilang OEM yang berpengalaman akan uruskan proses pendaftaran NOT KKM atau kelulusan berkaitan bagi pihak anda.
Berapa Lama Proses Siap Produk?
Kebiasaannya, proses lengkap bina produk jenama sendiri mengambil masa 4 hingga 8 minggu, bergantung pada jenis produk, proses pendaftaran dan rekaan pembungkusan
Saya Tak Pandai Reka Label dan Kotak. Boleh Bantu?
Boleh! Kilang OEM seperti UMZ Bioline menyediakan khidmat reka bentuk profesional untuk label dan kotak produk anda. Anda boleh beri idea kasar, dan pasukan grafik akan bantu jadikan ia realiti.
Kalau Saya Baru Nak Mula Berniaga, Kilang Akan Bimbing?
Sudah tentu! Di UMZ Bioline, kami bukan sekadar kilang. Kami juga sediakan konsultasi dan bimbingan kepada founder baru – dari idea produk, pemilihan bahan, hingga strategi pemasaran awal.
Nak Jadi Founder Produk Sendiri?
Dengan bimbingan kilang OEM yang betul, anda tak perlu risau tentang proses yang rumit. Semuanya boleh diuruskan dari A sampai Z. Apa yang penting, anda ada keinginan dan semangat nak berjaya.
Berminat nak ada produk sendiri dengan jenama anda?
Hubungi UMZ Bioline Manufacturer hari ini untuk info lanjut & dapatkan konsultasi percuma!