Buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat, bahkan ia menjadi pilihan untuk gaya hidup yang sihat. Khasiat yang tidak ternilai dalam buah-buahan ini jika diamalkan secara konsisten boleh memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan. Oleh itu penggunaan buah-buahan dalam penghasilan jus kesihatan terutamanya untuk lelaki adalah formulasi yang popular pada masa kini. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan jus kesihatan lelaki yang dibangunkan tidak berjaya antaranya penggunaan bahan campuran yang tidak sesuai. Proses pembuatan sample sangat penting kerana founder boleh mencuba produk jus kesihatan ini bagi memastikan ia berkesan dan berkualiti. Artikel kali ini founder akan dapat memberi gambaran bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan sample produk jus kesihatan lelaki,  serta pengilang yang dapat membantu anda membuat sample sehingga berjaya

Manfaat Buah-Buahan Untuk Lelaki

lemon - kilang oem

Malah menurut kajian juga, buah-buahan mempunyai nutrien yang dapat menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk. Bukan setakat itu sahaja, pengambilan buah-buahan juga bermanfaat untuk membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan buah-buahan ini dalam pemakanan harian sekali gus membantu memberi anda “tenaga ekstra”

Jenis Buah-Buahan Yang Bermanfaat Untuk Tenaga Ekstra Lelaki

Nanas

Selain berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, antioksidan yang ada di dalam nanas bagus untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Antioksidan ini dipercayai dapat membantu menyingkirkan radikal bebas memiliki sistem reproduksi yang baik. Kandungan mineral yang ada di dalam nanas seperti zink, tembaga, beta-karoten dan folat dapat membantu lelaki memiliki sistem reproduksi yang sihat.

Pisang

Selain bermanfaat untuk mencegah disfungsi ereksi, pisang yang kaya dengan vitamin B dan potassium in boleh memberikan anda tenaga, menambahkan kesuburan dan menigkatkan jumlah sperma. Pisang juga mengandungi sejenis enzim iaitu bromelain yang boleh menigkatkan tenaga batin dan memberikan rangsangan seksual yang tinggi. Jadi, jangan lupa untuk mengambil buah pisang apabila anda ingin bermanja dengan pasangan.

Kurma

Tidak hanya popular sebagai buah untuk berbuka puasa, lelaki juga harus memanfaatkan buah kurma kerana khasiat luar biasa dalam menambahkan kesuburan dan meningkatkan kualiti sperma. Jika anda mempunyai masalah dalam hubungan kelamin, pastikan anda mengamalkan buah kurma dalam diet pemakanan harian anda.

Limau

Limau mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Selain meningkatkan sistem imunisasi tubuh, ia juga boleh meningkatkan jumlah sperma. Dengan mengamalkan pengambilan buah limau secara rutin setiap hari dapat membuatkan sperma semakin sihat dan menambahkan kelancarannya ke sel telur.

Delima

Buah delima berfungsi sebagai perangsang kesuburan disebabkan oleh paras antioksidannya yang tinggi. Buah ini juga di kenali sebagai makanan yang kuat untuk meningkatkan jumlah sperma dan kualiti air mani. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam clinical nutrition journal menunjukkan bahawa pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) di dalam badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma.

Beri Biru

Buah beri biru terkenal kerana fungsinya untuk menjaga kesihatan organ reproduksi lelaki. Ia mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid yang tinggi. Buah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes.

Tembikai

Kepada lelaki di luar sana yang mempunyai masalah kesuburan, amalkan mengambil buah tembikai secara rutin. Kadar zat besi yang terkandung di dalam buah tembikai dapat bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalurkan kesuburan lelaki sekali gus meningkatkan kualiti sperma.

Sebagai seorang lelaki, menjaga kesihatan dalaman adalah amat penting lebih-lebih lagi apabila anda memikul tanggungjawab yang besar. Stamina yang baik bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malahan juga untuk kesihatan mental yang lebih fokus dan produktif.

Jus Kesihatan VS Buahan- Buahan

Apa Itu Produk Jus Kesihatan?

Produk Jenama Sendiri - kilang oem

Jus kesihatan adalah ekstrak, pati atau sari yang dikeluarkan dari sesuatu bahan seperti tumbuhan, buah-buahan atau haiwan. campuran pelbagai kepekatan jus daripada sumber yang mempunyai zat-zat yang tinggi menjadikannya bermanfaat untuk nilai perubatan dan sebagai pengganti nutrisi. sesetengah jus juga boleh diolah dalam bentuk serbuk.

Kelebihan Jus Kesihatan Bagi Lelaki

Pengambilan Jus kesihatan secara konsisten boleh menyumbang tahap kesihatan lelaki secara keseluruhan dengan membantu badan meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu sejenis hormon utama untuk lelaki dan ramuannya turut membantu menstabilkan kadar aliran darah dan kadar metabolisme. Gabungan herba dan buah-buahan daripada khazanah alam yang dimanfaatkan untuk kesihatan dalaman dan luaran khusus buat lelaki masa kini.

Ada Idea Untuk Produk Sendiri?

Kita dapat lihat sekarang dalam pasaran terdapat lambak produk jus kesihatan dengan pelbagai jenama. Hal ini menujukkan masyarakat terutamanya kaum lelaki sudah mula sedar bahawa pentingnya makan tambahan dalam kehidupan seharian. Usahawan yang mencari-cari untuk bina produk jenama sendiri bolehlah memilih jus kesihatan untuk lelaki. Jom buat sample sekarang anda boleh cuba dulu, jika tidak berkesan kami bantu sehingga berjaya. Serendah RM 500 dan boleh amend sebanyak tiga kali.

Penutup

Kesimpulannya, bagi membangunkan produk jenama sendiri usahawan hendak mencari kilang yang dapat menyediakan Jus Kesihatan mengikut kehendak pelanggan & piawaian badan-badan berwajib. Oleh itu, UMZ BIOLINE MANAFACTURER SDN BHD mengalu-alu kan anda untuk bina produk jenama sendiri khususnya jus kesihatan lelaki. Secara amnya, produk ini sentiasa mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran. Ambil peluang untuk bina produk jus kesihatan lelaki terus dari Kilang yang berstatus GMP. Produk yang bakal dihasilkan ini akan sentiasa mendapat kelulusan dari badan-badan berwajib. Kami akan bantu anda bina produk jus kesihatan lelaki samada dalam bentuk liquid ataupun serbuk yang selamat digunakan.

MARI BINA PRODUK JENAMA SENDIRI BERSAMA KAMI WHATSAPP SEKARANG

Leave a Reply