Terfikir ingin memiliki produk jenama sendiri namun tidak tahu produk apa yang sesuai. Inilah jawapan bagi semua soalan anda. Produk kopi anda minuman harian yang mempunyai banyak kelebihan. Produk kopi ini bersifat general kerana ia sesuai untuk semua orang, namun artikel kali ini kita akan memberi penekanaan kepada wanita sahaja.

Jom kita pelajari lebih lanjut peranaan & manfaat kopi kepada wanita.

Peranan Kopi

Kopi merupakan sumber utama untuk kafein. Bergantung kepada jenis kopi, kopi mengandungi kafein tersendiri. Selain daripada kafein, kopi mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin B2, vitamin B3, magnesium, kalium dan pelbagai sebatian antioksidan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk membuktikan kebaikan mengambil kopi sebagai minuman harian.

Kafein merupakan sebatian kimia yang terkandung di dalam tumbuhan seperti berikut:

  • Biji kopi
  • Daun teh
  • Buah koko
  • Buah kola

Kopi terkenal dengan rasanya yang pahit dan pengambilannya mempunyai kesan terhadap aspek kesihatan tubuh badan manusia.

Ini Manfaat Kopi Untuk Wanita!

khasiat kopi - kilang oem

Meningkatkan tenaga dan meningkatkan mood

Kafein dalam kopi adalah perangsang yang dapat meningkatkan tenaga dengan segera, yang diperlukan untuk bangun dan memulakan hari. Kafein dapat meningkatkan kadar denyutan jantung sehingga lebih banyak darah dipam ke seluruh badan. Selain itu, wanita yang minum kopi juga dapat meningkatkan mood dalam menyelesaikan aktiviti harian.

Mencegah barah

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS), kopi terbukti dapat melawan barah, terutamanya barah kulit kerana kandungan antioksidan di dalamnya. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang minum kopi lebih dari sekali sehari mempunyai risiko terkena barah kulit yang lebih rendah. Selain barah kulit, kopi juga efektif dalam mengurangkan risiko barah payudara dan endometrium pada wanita.

Memelihara ingatan

Penyelidik di University of Florida, AS, mendapati bahawa meminum kopi secara berkala dapat mencegah penyakit Alzheimer. Melalui kajian ini, didapati bahawa kopi dapat mengurangkan pembentukan beta-amyloid di otak, yang merupakan penyebab penyakit Alzheimer. Itulah sebabnya wanita berusia 30-50 tahun disyorkan minum kopi untuk mengelakkan gangguan ingatan.

Mengawal kemurungan

Pengambilan kopi juga dapat mencegah kemurungan pada wanita. Selain itu, meminum kopi adalah cara semula jadi untuk mengelakkan rasa sedih dan meningkatkan mood anda. Manfaat ini adalah sumbangan dari kandungan kafein dalam kopi. Menurut penyelidikan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat, wanita yang minum 4 atau lebih cawan kopi sehari mempunyai peluang 20 persen lebih rendah untuk mengalami kemurungan.

Elak berlakunya pelbagai penyakit metabolik

Selain itu, minum kopi juga terbukti dapat mencegah terjadinya beberapa penyakit metabolik seperti diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi (darah tinggi), dan penyakit jantung. Walaupun begitu, jangan minum kopi secara berlebihan kerana ia sebenarnya boleh memberi kesan sebaliknya

Elak penyakit hati

Risiko penyakit hati juga menurun pada wanita yang selalu minum kopi. Satu kajian mendapati bahawa pesakit yang dijangkiti virus hepatitis C mempunyai tindak balas yang lebih baik terhadap rawatan jika mereka minum kopi setiap hari. Kajian itu juga mendapati bahawa minum kopi dapat mencegah barah hati.

Membantu pulihkan sakit kepala

Ada penelitian yang menemukan bahwa minum kopi dapat meredakan sakit kepala karena kandungan kafein di dalamnya, terutama sakit kepada jenis migrain dan sakit kepada jenis tegang (tension-type headache). Walaupun begitu, bagi orang yang menghentikan kebiasaan meminum kopi secara mendadak, sakit kepala justru dapat muncul kembali.

Produk Kopi Jenama Sendiri

Penjenaman produk kopi khusus untuk wanita, melihat bahawa target usahawan kini adalah untuk kaum hawa. Hal ini kerana naluri wanita yang ingin kelihat cantik menyebabkan mereka mempunyai kuasa beli yang sangat tinggi terutmanya untuk produk kecantikan dan kesihatan. Dengan adanya teknologi terkini kopi boleh dicampur dengan herba-herba tertentu & dikomersialkan sebagai supplement atau bahan perubatan. Antara contoh produk kopi yang popular dalam kalangan wanita adalah kopi kesihatan dalaman wanita dan juga kopi kurus. Founder jangan melepaskan peluang ini untuk mencuba formulasi kopi wanita jenama sendiri dalam bentuk sachet (serbuk).

Penutup

Umz Bioline Manufacturer Sdn Bhd adalah kilang kopi terbaik malaysia. Kami telah memberi inovasi terkini kepasa produk kopi yang dikeluarkan dengan jaminan kualiti terbaik daripada kami. Pakar mahir kami sentiada menititikberatkan dari segi pemilihan rasa serta campuran kandungan yang mengikut piawaian KKM .

Usahawan sentiasa berfikir macam mana nak buat produk ini tanpa perlu ada kilang sendiri dan membeli mesin-mesin production yang harganya dah tentu mahal untuk hasilkan produk yang bermutu tinggi. Anda berada di website yang betul, kami Umz Bioline Manufacturer Sdn Bhd adalah kilang berstatus GMP dan kami membantu anda menbangunkan produk jenama sendiri bermula dari sample, pengeluaran sampailah ke pendaftaran produk kami yang uruskan.

Tidak perlu pening kami akan bantu anda hanya perlu whatsapp kami atau boleh walk-in ke kilang.

Leave a Reply