OEM Pulau Pinang

Anda berada di Negeri Pulau Pinang dan berminat untuk membuat produk jenama sendiri? Kilang OEM UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD dapat memenuhi kehendak anda. Untuk memastikan anda berpuas hati dengan pengilang serta produk yang akan dihasilkan, kami kongsikan beberapa ciri unik kilang OEM sebagai panduan anda.

Harga Buat Produk yang Berpatutan - kilang oem

1. Harga Buat Produk yang Berpatutan

Sekiranya anda pernah menjadi ejen produk, anda pasti tahu harga produk yang anda jual adalah lebih mahal berbanding harga stokis atau harga owner. Selain itu, margin juga adalah kecil sekiranya anda menjadi ejen produk. Tidakkah anda teringin untuk menjadi pemilik produk (founder) yang boleh mendapat margin untung tinggi? Inilah peluang anda untuk memiliki produk jenama sendiri. Kilang OEM UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD akan menawarkan harga untuk membina produk yang sangat kompetitif untuk anda.

2. Penghasilan Produk Sampel Berkualiti Tinggi

Penyediaan produk sampel daripada kilang OEM adalah penting untuk usahawan produk. Tujuannya adalah untuk membolehkan usahawan produk meneliti sampel produk tersebut sebelum dipasarkan secara besar-besaran. Dia perlu meneliti warna, bentuk, wangian, dan tekstur produk agar ianya menepati kehendaknya. Dengan memilih UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD sebagai kilang oem pilihan anda adalah tepat kerana kami amat menitikberatkan kualiti sample yang akan kami keluarkan. Kami akan membuat penyelidikan dan memberikan contoh produk untuk anda cuba. Bagi mendapat piawaian terbaik, proses ini biasanya dilakukan berulang kali sehingga anda mencapai tahap keberkesanan sesuatu produk dan standard yang anda inginkan.

Produk Sampel Berkualiti Tinggi - kilang oem

Produk Jenama Sendiri - kilang oem

3. Pengamalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) atau GMP

Sebelum memilih kilang OEM, anda perlu memastikan kilang yang dipilih mengamalkan Good Manufacturer Practice (GMP) dalam setiap aktiviti mereka. GMP adalah salah satu pengiktirafan oleh kerajaan untuk memastikan kilang tersebut layak menghasilkan produk OEM. Anda boleh bertanyakan kilang tersebut tentang standard GMP mereka dan bagaimana mereka mematuhinya. Ini untuk memastikan produk anda bukan sahaja selamat tetapi juga sesuai dengan standard anda.

4. Kilang Mempunyai Pensijilan HALAL, MESTi, KKM

Memilih Kilang oem yang mempunyai pengiktirafan dari badan-badan kerajaan adalah langkah yang terbaik bagi mengelakan produk yang dihasilkan berdepan dengan masalah pada masa akan datang. Hal ini kerana kilang OEM yang sudah mempunyai sijil Halal akan memudahkan proses anda meletakkan siri KKM (NOT / MAL) dan logo Halal pada produk anda.

Bagaimana dengan Sijil Halal? - kilang oem malaysia

Anda juga perlu mengetahui perbezaan di antara NOT, KKM dan MAL:

  • NOT

Produk kosmetik yang siap akan diberikan Nombor Notifikasi (NOT) sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah dimaklumkan dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Mulai tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar dari Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI.

  • KKM

Produk yang berdaftar atau dimaklumkan kepada PBKD tidak meletakkan ‘KKM’ dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi. Sekiranya produk-produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, persediaan tradisional dan kosmetik ada nombor MAL, maka produk-produk tersebut adalah selamat daripada bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine dan dadah yang terlarang. Setiap produk kosmetik, farmaseutikal dan makanan tambahan serta penyediaan tradisional wajib mendaftar dengan PBKD sebelum produk-produk tersebut dipasarkan kepada pengguna.

  • MAL

MAL ialah nombor pendaftaran dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM. Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. Nombor pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu
Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan

Perkara yang paling menarik disini ialah jika anda memilih UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD sebagai kilang oem anda kami akan membantu anda untuk mendaftarkan produk anda di badan- badan berwajib sehingga mendapat kelulusan dan anda dapat menjual produk di seluruh negara tanpa kebimbangan.

5. Pilih Kilang Yang Mempunyai Kepakaran Khusus Dalam Niche Tertentu

Tidak semua pengilang boleh menghasilkan pelbagai jenis produk. Ada pengilang yang khusus kepada produk kecantikan sahaja. Ada OEM yang hanya boleh buat produk kesihatan sahaja.

Oleh itu, anda perlu meneliti terlebih kepakaran sesuatu kilang itu. Lihat pada kriteria seperti:

  • Apa kategori produk yang paling banyak diminta oleh pelanggan mereka?
  • Apa sub-kategori produk yang laris di pasaran? Sekiranya produk kesihatan, apakah produk yang top? (skincare, produk kurus dan sebagainya)
  • Kepelbagaian formula produk yang tersedia – lagi banyak pilihan formula, lagi banyak pilihan untuk penghasilan produk anda.

Kilang OEM UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD menghasilkan produksi untuk produk kosmetik, minuman dan makanan tambahan dalam skala besar. Bagi anda yang ingin buat produk jenama sendiri, kami sentiasa akan memberi konsultasi untuk memberi bayangan produk mana yang mempunyai permintaan tertinggi di pasaran anda.

Kesimpulannya

Kilang Oem Malaysia- direct kilang oem

Kesimpulannya, anda boleh meneliti tips di atas untuk membantu anda memilih kilang OEM yang anda ingin. Jika anda memilih UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD, anda tidak perlu risau walaupun anda berada di perlis atau di mana sahaja kami sangat fleksibel untuk membantu anda dari mula membuat sampel hingga produk siap sepenuhnya. Oleh itu, Menggunakkan teknologi telekomunikasi yang semakin moden telah memudahkan kita untuk berhubung antara satu sama lain, anda tidak perlu bersusah payah ke kilang untuk menghasilkan produk sendiri. Hanya perlu hubungi dan kami sedia membantu anda.

Whatsapp Sekarang

Leave a Reply

error: Content is protected !!