Penularan pandemik Covid-19 sejak akhir tahun lalu telah memberi impak besar terhadap ekonomi di seluruh dunia. Hampir semua negara pada ketika ini mengalami kemelesetan ekonomi disebabkan pelaksanaan perintah berkurung (lockdown) yang dibuat sebelum ini menyebabkan banyak sektor ekonomi tergendala atau terhenti. Hal ini telah menyebabkan masyarakat menukar kerjaya dengan memberanikan diri untuk mencuba terjun ke bidang perniagaan bagi meningkatkan lagi ekonomi mereka. Tahun ini adalah masanya untuk bangkit dan bermula semula untuk menambah baik ekonomi. Landskap perniagaan juga mengalami perubahan iaitu dari perniagaan yang berkonsepkan bertemu bertukar ke perniagaan digital.
Penjenaman OEM Di Malaysia
Kebelakangan ini kita dipertontonkan oleh kejayaan satu persatu founder-founder produk yang berjaya dan kaya raya apabila menjadi owner produk. Oleh itu, industri oem adalah tidak asing lagi di malaysia, ramai yang ingin memulakan perniagaan telah memilih industri ini sebagai langkah pertama untuk menjadi founder jenama sendiri.
Hal ini , juga disokong oleh peranan pengilang OEM yang berkesan dalam membantu usahawan iaitu :
- Pengilang OEM boleh bantu jimatkan production cost – Founder yang baru ingin libatkan diri dalam bidang ini atau yang sebelum ini hanya buat produk homemade tapi nak upgrade, tidak perlu ada kilang sendiri dan beli mesin-mesin production yang harganya dah tentu mahal untuk hasilkan produk yang bermutu tinggi. Tidak payah mengupah pekerja kilang dan kos yang lainnya. Hal ini telah membantu menjimatkan kos. Sebab kilang-kilang ini boleh hasilkan produk yang anda inginkan dalam masa yang cepat, berkualiti dan diiktiraf.
- Pengilang OEM boleh bantu founder untuk menentukan ingredients produk jenama sendiri seperti yang founder inginkan – Idea dari perbicangan kilang & founder boleh hasilkan produk yang bermutu. Kilang akan pastikan produk yang ingin dikilangkan itu menepati standard yang amat dijaga rapi bagi menjaga status pengilangan. Founder pulak boleh ketengahkan idea yang menepati taste dari segi bau, tekstur, warna.
- Pengilang OEM yang standard akan bantu founder sepenuhnya sampai produk siap – Kos nak keluarkan produk jenama sendiri ni tak sama between one factory to another. Lain kilang lain harga. Perbezaan ni disebabkan oleh kualiti raw material dan perkhidmatan yang kilang tu tawarkan. Kilang yang bagus usually akan offer full service. Bermula daripada cari raw material, beli botol, design logo, label dan packaging sampailah ke pendaftaran produk untuk dapat kelulusan KKM.
Kenali UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD Sebagai Pengilang OEM Malaysia.
Peranan pengilang oem adalah sangat penting untuk menentukan samada produk yang dikeluarkan itu berjaya atau tidak. UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD yang mampu berperanan sebagai perkhidmatan kilang OEM Terengganu sentiasa fleksibel untuk membantu anda menjadi founder.
Jika anda masih belum jumpa Kilang OEM yang sesuai, pilih UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD. Kami akan bantu anda dari harga yang berpatutan, penyediaan packaging, penyediaan sampel dari awal hingga akhir.