Tahun ini , dan ada dari kalangan usahawan kita masih belum daftar ssm ! Bahaya untuk bisnes anda! Sebagai Usahawan , SSM adalah perkara asas lagi fundamental untuk mulakan perniagaan. Jika anda masih belum mulakan, lakukan sekarang. Penting ke ada SSM ini? Apakah kelebihan  SSM kepada perniagaan yang bakal kita bina? Produk yang bakal dibina akan anda kaitan dengan SSM ke?

Berikut Ialah Kelebihan Mempunyai Akaun Semasa Perniagaan

  • Akta Perniagaan 1956 – Perniagaan kita walaupun kita dapat untung margin besar atau kecil, baik peniaga kecil-kecilan mahupun punyai kedai yang besar perlu secara sah didaftarkan sebagai entiti perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Daftar SSM ini perlu dilakukan
  • Elak Denda – Tiada risiko dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara dua tahun. Daftar SSM dengan modal hanya RM60 setahun.
  • Kredibiliti – Kredibiliti kita sebagai peniaga ( online atau offline ) terpancar jelas apabila sudah didaftarkan.
  • Keyakinan Pelanggan – Keyakinan pelanggan meningkat apabila berurusan dengan kita, sebagai satu perniagaan sah.
  • Accesibility Global – Memudahkan urusan-urusan perniagaan bersama pembekal dari dalam atau luar negara.
  • Accesibility Local– Memudahkan urusan-urusan pembelian perumahan, mesin operasi, jentera, kenderaan atau keperluan lain. Kita ada bukti bahawa perniagaan kita wujud dan sah.
  • Ke Arah Sdn Bhd – Memudahkan kita belajar dan ambil tahu selok belok pengurusan perniagaan sebagai persiapan ke arah pensyarikatan pula ( Sdn Bhd ) sekiranya perlu.
  • Percukaian dan Zakat – Rekod duit keluar masuk yang baik dan dokumentasi yang lengkap, memudahkan pelbagai urusan di masa depan, termasuklah pengistiharan cukai pendapatan dan membuat perkiraan zakat ( bagi Muslim ).

Penutup

Daftar SSM amatlah mudah. Ia tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk diproses. Bahkan ianya akan jadi penggerak utama dan identiti perniagaan anda. Nak daftar SSM secara online, boleh terus klik di sini sekarang. Jika anda telah punyai SSM dan bercita-cita untuk teruskan impian anda untuk bina produk jenama sendiri, jom klik di sini untuk mulakan langkah pertama anda.

Leave a Reply