Topik menarik hari ini ialah mengenal kilang oem yang boleh menyediakan ‘platform’ kepada anda untuk menjadi usahawan OEM (jenama sendiri), untuk produk kosmetik, minuman kesihatan, ubat tradisional. Kesukaran bakal usahawan untuk memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan dan kesihatan memberi ilham kepada kami untuk memudahkan kerja anda. Kini, segalanya boleh dilakukan dihujung jari anda dengan bantuan kami. Anda hanya perlu tumpukan pada pemasaran sahaja, biar kami yang uruskan pengeluaran produk anda dari A hingga Z (formulasi, penyediaan bahan mentah, pemprosesan, reka bentuk produk, pembungkusan, perlabelan, pensijilan, R&D).

Jadi Founder Produk Bersama UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD

Jika anda telah bertahun-tahun berniaga, tidak kisah anda bisnes apa sekalipun, pernah tak anda terdetik dan terfikir, macam mana cara untuk jadi Founder Produk melalui perkhidmatan kilang OEM di Malaysia. UMZ BIOLINE MANUFACTURER yang telah berperanan sebagai kilang oem untuk serata Malaysia dan asia tenggara sentiasa akan memberi perkhidmatan yang dapat memudahkan untuk menjadi founder produk.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan

Harga yang Jauh Kompetitif - kilang oem

Kami akan membantu anda menentukan kandungan dan formula produk jenama sendiri yang anda inginkan.

Kami akan menawarkan perkhidmatan bermula dari peringkat penentuan isi kandungan produk. Pihak kami akan berbincang dan mencadangkan bahan yang sesuai dengan pasaran semasa. Trend ini akan dibincangkan bersama bakal owner product.

Idea dari kedua belah pihak boleh mennghasilkan produk yang bermutu. Pihak kami dapat memastikan produk yang ingin dikilangkan menepati standard yang amat dijaga bagi memastikan status pengilangan kami. Pihak founder pula boleh mengetengahkan idea yang menepati citarasa mereka, kebiasaanya dari segi bau, rupa bentuk dan warna produk.

UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD mempunyai pasukan penyelidikan yang diiktiraf.

Kebiasaanya kilang kami mempunyai beberapa formula ‘umum’ yang akan digunakan sebagai asas penghasilan produk. Namun kami juga memberi peluang kepada founder mengutarakan hasrat untuk memasukkan bahan produk yang mereka inginkan. Pihak kilang akan menggunakan kepakarannya mengubahsuai formula produk, untuk menepati kehendak owner product. Sample produk akan dihasilkan. Sekiranya pelanggan bersetuju, barulah produk tersebut akan dikilangkan.

Kami akan membantu owner produk sepenuhnya sehingga produk sedia untuk dijual.

Kos untuk menghasilkan produk sendiri amat jauh berbeza dari satu kilang berbanding kilang yang lain. Perbezaan ini disebabkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kilang tersebut. Mungkin ada kilang yang lebih murah, tetapi memerlukan pelanggan mencari sendiri pembekal bahan mentah.

Namun jika anda memilih UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD, kami akan menyediakan perkhidmatan penuh, iaitu bermula daripada mencari pembekal bahan mentah, membeli botol dan pembungkusan sehingga mendaftarkan produk tersebut dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hanya kilang yang mempunyai status GMP sahaja boleh membantu pelanggan dengan pendaftaran di KKM. Oleh itu kami tidak mahu membebankan pelanggan untuk mendapatkan kelulusan KKM ini diletakkan kepada owner product. Hal ini kerana sekiranya gagal, pemilik produk akan terpaksa menanggung lambakan stok yang tidak boleh dijual. Jika pensijilan KKM ini dibantu oleh pengilang, pengilang boleh menghasilkan test batch dan melakukan pengeluaran berskala besar setelah kelulusan diperoleh.

Kami dapat mengeluaran produk dalam kuantiti yang besar.

Kami mempunyai mesin yang berteknologi tinggi yang dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang besar. Hal ini dapat membantu founder untuk mengekalkan stok dipasaran. Kami juga bersedia untuk menerima tempahan dalam bentuk borong contohnya produk hand sanitizer. Pengeluaran produk berkuantiti besar ini dapat juga memberi pengurangan kos sesuatu barang. Produk yang di hasilkan juga akan lebih bermutu.

Penutup

Kesimpulannya keadaan sekarang telah mengubah perniagaan untuk lebih kepada digital. Begitu juga yang di terapkan oleh kami, iaitu anda hanya perlu hubungi untuk memberitahu produk apa yang anda inginkan segala urusan menghasilkan produk kami yang uruskan. Ingat tiada halangan untuk berjaya hanya perlu berusaha untuk mencapainya, walau anda berada di Sarawak nun jauh disana jangan risau kami akan sentiasa membantu.

Leave a Reply