Peranan stevia sebagai penganti gula adalah cara terbaik mengurangkan gula yang berlebihan dalam badan. Jika di lihat pada label minuman kesihatan akan terdapat satu bahan bertindak sebagai penambah perasa iaitu stevia. Sebagai contoh jus moringa dengan gabungan stevia menambah rasa yang luar biasa bagi para penggunanya tanpa menghilangkan khasiat di dalamnya. Topik menarik kali ini ialah, kami ingin mendedahkan rahsia untuk jadi usahawan stevia berjaya.
Jenis Produk Stevia
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari lihat dulu jenis produk stevia. Stevia boleh bertindak secara sendiri mahupun boleh digabungkan dengan produk minuman yang lain.
- Stevia drops – sejenis cecair stevia yang dihasilkan 100% mengunakan daun stevia. Mudah larut di dalam air sesuai digunakan dalam kopi, teh, susu kocak, minuman yogurt dan mana-mana minuman kegemaran anda.
- Stevia serbuk – mempunyai semua yang anda inginkan dalam gula, selain sifar kalori ia adalah yang terbaik untuk minuman anda seperti kopi dan teh.
- Stevia berperisa – Penghasilan stevia berbagai perisa menambahkan lagi kesedapannya. Antara 5 perisa yang terkenal ialah asli, cola, honeydew, mango, dan ,mix berry.
Pemilihan Kilang OEM Stevia
Jika berbincang tentang kilang OEM di Malaysia Umz Bioline Manufacturer Sdn Bhd sentiasa mencuri tumpuan hal ini kerana menjadi sebagai pengeluar produk kosmetik, minuman kesihatan serta ubatan tradisional yang sentiasa fleksibel dalam membantu founder di serata Malaysia dan Asia Tenggara. Stevia adalah salah satu produk yang ditawarkan oleh kami kepada founder. Stevia yang kami tawarkan adalah dalam bentuk ekstrak serta liquid contohnya seperti kopi stevia atau stevia drop serta banyak lagi. Bagi untuk penerangan lebih jelas proses membina produk stevia jenama sendiri ini kami menekankan 4 langkah mudah untuk jadi founder Bersama kami.
4 Langkah Jadi Founder
Perbincangan
Perbincang kedua – dua belah pihak samada dengan cara bersua muka ataupun menggunakan kaedah digital. Proses ini penting untuk menerangkan secara lengkap kos, MOQ dan lain-lain maklumat tambahan untuk membina produk. Bagi produk stevia MOQ yang kami tawarkan ialah 1000.
Sampel
Setelah mendapat kata putus dan founder bersetuju dengan MOQ yang kami tawarkan, kami akan mula membuat penyelidikan untuk menyediakan sampel produk untuk dicuba oleh anda dan penghantaraan sampel ini kami tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan. Kos membuat sampel ini adalah RM500 dan anda boleh mengulangi sebanyak tiga kali sehingga mencapai tahap keberkesanan yang anda inginkan.
Pengeluaran
Kami akan mula memproses membuat pengeluaran berdasarkan MOQ yang dipersetujui. Kami juga akan menyediakan dokumentasi untuk mendaftarkan produk anda di badan-badan kerajaan terutamanya KKM bagi memudahkan anda membuat jualan.
Penghataraan
Setelah produk siap sepenuhnya penghantaraan akan dilakukan. Penghantaran ke seluruh Malaysia dan Asia Tengara dengan harga yang kompetitif.
Kesimpulanya
Senang bukan untuk menjadi founder hanya dengan mengikuti empat langkah ini anda sekarang telah menjadi founder produk stevia jenama sendiri. Paling penting produk stevia yang anda keluarkan mempunyai kelulusan KKM hal ini memudahkan produk anda untuk mendapat tempat di pasaran. Mulakan Langkah anda menjadi founder Bersama kami.